LOGO SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH
VISI
Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik , Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
DASAR KUALITI
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara SK Kionsom Inanam komited
dalam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan proses penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi Negara
SLOGAN
‘ Percaya Sebelum Berjaya’
MOTTO
‘Usaha Hingga Jaya’
PIAGAM SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan ;
- Keputusan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Keputusan permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dimaklumkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Setiap murid mendapat Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), satu meja dan satu kerusi pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
- Bayaran bil dan invois dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan (bagi dokumen yang lengkap).
- Akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam.
- Setiap aduan diambil tindakan dalam tempoh lima belas (15) hari waktu bekerja.
- Semua kanak-kanak mengikut kohort umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam berperanan untuk menjalankan fungsi sebagai agensi pelaksana dasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti. Pelanggan utama SK Kionsom Inanam adalah murid-murid prasekolah hingga ke Tahun Enam. Sebagai agensi yang bertanggungjawab penuh terhadap kemenjadian murid dan membantu menyediakan sumber manusia yang berkualiti kepada negara, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu melaksanakan fungsi-fungsi berikut
- Menyediakan kemudahan persekolahan serta pengajaran dan pembelajaran mengikut standard yang digariskan Merangka dan menjalankan pengurusan penilaian murid.
- Menyelaraskan pengajaran guru mengikut opsyen dan kebolehan.
- Mengurus dan menyelia sumber kewangan dan kemudahan fizikal untuk kemajuan SK Kionsom Inanam
- Membimbing serta memantau guru untuk peningkatan kualiti.
- Menguruskan perjawatan mengikut waran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti dalam e-operasi
- Menyediakan hala tuju yang komprehensif dan holistik untuk dijadikan panduan warga pendidikan SK Kionsom Inanam
- Menyediakan mekanisme pengukuran prestasi organisasi.
- Mewujudkan sistem pengurusan ilmu (knowledge management system).
- Melaksanakan kerjasama strategik dengan agensi luar (NBOS) untuk melaksanakan strategi.
- Menggalakkan penglibatan ibubapa untuk mencemerlangkan pendidikan anak-anak.
NILAI TERAS ORAGANISASI
- Integriti
- Bertanggungjawab
- Professional
- Prestasi Yang Cemerlang Dan Barkualiti
- Kerjasama
- Kerja sepasukan
- Hormat Menghormati
- Integriti
- Bertanggungjawab
- Professional
- Prestasi Yang Cemerlang Dan Barkualiti
- Kerjasama
- Kerja sepasukan
- Hormat Menghormati

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.