Selamat Datang Ke Blog SK Kionsom Inanam

Rabu, 6 Oktober 2021

Panduan Tugas Dan Tanggungjawab Guru



PANDUAN AM TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU


ARAHAN AM

01. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut

02. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan semata – mata.

03. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatai prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang

04. Semua guru hendaklah menjalankan tugas sebagai satu pasukan- TEAM (Together Everyone Achieve More)



KEDATANGAN

05. Guru dikehendaki berada didalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula dan mencatat kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.

06. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan bermula.

07. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

Waktu persekolahan:


08. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat diluar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan



Rujukan : Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/81 bertarikh 12 September 1981



KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

09. Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/PPD dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar/Penolong Kanan.

10. Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan selepas balik meninggalkan sekolah.

11. Semua guru hendaklah meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah.

12. Guru Besar tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

PAKAIAN

13. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan

14. Guru lelaki hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja

15. Baju berlengan panjang tidak dibenarkan dilipat.

16. Berpakaian kemas diluar waktu persekolahan

17. Guru perempuan tidak dibenarkan berbaju tanpa lengan.

18. Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya.(dibenarkan sepanjang PDP)

19. Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan bagi kakitangan sokongan yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah dibekalkan.

Rujukan :

Surat perkeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26 Disember 1969 ( Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu persekolahan)

Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 ( Peraturan pakaian guru di sekolah)Perkeliling perkhidmatan bil 2 tahun 1985

Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan pakaian guru ketika bertugas disekolah)


BILIK GURU

20. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

21. Guru tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah.Guru hendaklah berada di dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘ non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

22. Guru yang terakhir keluar dari bilik guru perlulah memastikan lampu, kipas dan alat penghawa dingin dimatikan Guru yang berada di dalam bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.


TUGAS

23. Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.

24. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN , atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai kepengetahuan Guru Besar.

Rujukan : Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah


REKOD MENGAJAR (e-RPH )

25. Guru bertanggungjawab menyediakan buku rekod (eRPH) mengajar kerana ianya merupakan dokumen wajib setiap guru ( secara bercetak mahupun secara atas talian )

26. Semua butiran dalam (eRPH) hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap.

27. Rekod pengajaran (eRPH) hendaklah dikemaskini pada hari Jumaat atau hari akhir minggu berkenaan untuk tujuan semakan oleh Guru Besar/Penolong Kanan.\

28. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut (eRPH) hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan .


PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN

29. Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah.

30. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan mingguan sekolah pada hari Isnin bermula 6.50 pagi.

31. Guru yang bertugas mingguan yang bertugas diwajibkan berada di perhimpunan jam 6.50 pagi.

32. Guru hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan.

33. Semua guru hendaklah duduk di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan . Pakaian guru semasa perhimpunan : -

A. Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher.

B. Guru perempuan hendaklah berpakaian kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar / sandal.


ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH

34. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah

35. Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar.


MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN

36. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan/ Ketua Panitia tertentu pada bila – bila masa.

37. Guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia.

38. Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar/Penolong Kanan/ tertentu pada bila – bila masa.

39. Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan.


CUTI SAKIT

40. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

41. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.

42. Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan.

43. Guru/Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya mendapat cuti sakit.

Rujukan :

Perintah Am Bab C

Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit

PERHUBUNGAN SESAMA GURU

44. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

45. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.

46. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.

Rujukan :Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai Berterima Kasih bertarikh 30 April 2003


JADUAL WAKTU

47. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

48. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar.

49. Jadual waktu ganti hendaklah disediakan oleh Jawantankuasa Jadual Waktudan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan.


JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

50. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir, pembantu guru kelas bertanggungjawab menandanya.

51. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat Hal Ehwal Murid.

52. Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu bapa/ penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.

53. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penolong Kanan HEM.

54. Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar dari pejabat HEM tanpa kebenaran Guru Besar.

55. Guru atau pembantu guru kelas sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan pelajar.


KUNCI

56. Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah.

57. Guru dan kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran bertulis dari Guru Besar.

58. Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah.


TELEFON

59. Penggunaan telefon pejabat hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan hendaklah direkodkan.


ARAHAN DAN PEKELILING

60. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya dan disimpan di dalam fail khas.

61. Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.


TANDA NAMA

62. Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi disekolah / diluar sekolah.


BUKU STOK / INVENTORI

63. Jawatankuasa Aset ( Stok& Inventori ) dan Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan.


MEMBELI BARANG

64. Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran Guru Besar dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman berserta dengan sebut harga asal daripada pembekal.

65. Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan daripada Penolong Kanan/ Guru Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.

66. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

67. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

68. Guru Besar tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.


KEGIATAN KO-KURIKULUM

69. Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Ko-kurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

70. Guru-guru berkenaan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan.

71. Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.


PELAWAT

72. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar/Penolong Kanan.


KEBERSIHAN

73. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid

74. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan ditempat yang selamat.

75. Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (pusat sumber, bilik kaunseling, makmal , dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.


KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

76. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah

77. Guru Kanan / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal ,pusat sumber dan lain- lain.

78. Penggunaan alat-alat dan bilik-bilik di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar dan direkodkan.

79. Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh murid selepas waktu sekolah, hujung minggu atau waktu cuti hendaklah bersama guru


Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

SK KIONSOM

Galeri TS 25

SK KIONSOM INANAM, SEKOLAH TRANSFORMASI 2021-2025 Selamat datang ke Galleri TS 25 Sk Kionsom Inanam yang bertujuan memberi sebaran maklumat ...