Selamat datang ke Galleri TS 25 Sk Kionsom Inanam yang bertujuan memberi sebaran maklumat dan kefahaman kepada semua warga dan kakitangan sekolah tentang TS25.
1. KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Pertama sekali, tahniah di atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru semenjak saya bertugas di sini, salam sejahtera, salam PPDK Dare To Change, Salam JPN Sabah, Katakan Tidak kepada kepada No.16, Katakan Ya Kepada 10 Terbaik, Salam Sabah Maju Jaya Syukur kepada Tuhan kerana pada Jun Tahun 2021 Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam, telah terpilih sebagai Sekolah Tranformasi 2025 bagi kohort 6 PPD Kota Kinabalu melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dokumen di galeri ini bertujuan memberi penerangan kepada seluruh warga dan kakitangan sekolah tentang latarbelakang, matlamat, fokus dan gerak kerja sekolah ke arah Sekolah Transformasi 2025 yang merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan Kemenjadian Murid dan sekolah Berkualiti .
Pada hemat saya, TS25 bukanlah bebananan tetapi merupakan tools kepada sekolah untuk untuk berubah dari keadaan baik sekarang kepada lebih kecemerlangan lestari pada masa hadapan. Mari kita sama-sama sahut cabaran ini dengan berbesar hati dan gembira
USAHA TANGGA JAYA, PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Sekian, Terima kasih.
2. JAWATANKUASA TS25 SK KIONSOM INANAM
PenaungPegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
PenasihatPegawai PPD (SIP+ & SIC+)
SENIOR LEADER TEAM (SLT)
Pengerusi
Pn. Binukat Rumpi @ Hamidah - Guru Besar
Timb. PengerusiEn. Ramli Bin Ahmad - PKP
Naib Pengerusi 1Pn. Wong Fui Ling – PK HEMNaib Pengerusi 2Pn. Toisah Longgou – PK KOSetiausahaPn. Maryati Muslim – SU TS25
MIDDLE LEADER TEAM (MLT)
AHLI JAWATANKUASA
Pn. Nurul Saadah Zainuddin | KP Bahasa MelayuPn. Liew Yi Huey | KP Bahasa InggerisPn. Rujinah Simbaul | KP MatematikEn. Javb Jatin Maing | KP Sains & TMKPn. Maryati A. Muslim | KP Pendidikan MoralPn. Rahmah Mohd Ali | KP PSeni Visual & SejarahPn. Nur Amanina Hanani @ Florina Suntiam | KP MuzikEn. Mohd Irwan Abdul Hamid | KP PJKPn. Toisah Longgou | KP RBTPn. Bernadette Mujah | KP BKDUsth. Hariathi Masim | KP Pend Islam & BAPn. Cassey Awing | Prasekolah
3. HALA TUJU SEKOLAH
4 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA) TS25
- Pemimpin Berkesan
- Kualiti Guru
- Sokongan PIBG dan Komuniti
- Persikataran Pengajaran Dan Pembelajaran Bermakna
HALA TUJU SEKOLAH ( PERANCANGAN STRATEGIK )
- Semua murid mencapai tahap penguasaan mininum bagi semua matapelajaran
- Muzik & kebudayaan sebagai kebitaraan sekolah
- Disiplin dan sahsiah murid cemerlang
- Kehadiran murid 95 % setiap kelas
- Persekitaran fizikal sekolah selamat dan kondusif
KETETAPAN KRA ( Key Result Area ) SK KIONSOM INANAM SELAKU SEKOLAH TS 25
KRA 2 : Murid Tahun 1- Tahun 6 Mencapat tahap minimum Semua matapelajaranKRA 1 : Prestasi cemerlang Pengurusan kepimpinan Dan kewangan sekolah
KRA 4 : Memantapkan kecemerlangan Sukan dan Kokurikulum (Kebitaraan)KRA 3 : Memperkasakan sahsiah dan kehadiran murid
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
- Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
- Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
- Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
- Komitmen komuniti yang padu
6. OBJEKTIF TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
- Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP)
- Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan (GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+); dan
- Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid.
7. MATLAMAT TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
8. MENGURUS PERUBAHAN TS 25 SK KIONSOM INANAM
FASA 1 ( JUN – DISEMBER 2021 ) Mewujudkan iklim untuk berubah
- Taklimat Sekolah Transformasi 2025 kepada staf
- Edaran bahan rujukan berkaitan TS25 kepada staf
- Penbentukan AJK Program TS25
- Penggabungjalinan matlamat TS25 dengan Visi, Misi sekolah yang berpandu kepada Visi Misi KPM dengan
- Pernyataan KRA Sekolah berdasarkan 4 Bidang keberhasilan utama TS25
- Penggunaan GROW FRAMEWORK ( Goal, reality, Option, Way Forward )
FASA 2 ( 2022 – 2024 ) : Melibatkan dan mengupayakan seluruh sekolah
- Penyediaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah ( PInTaS )
- Penyediaan OPPM ( Operational Policies and Procedures Manual ) kepada GB, PKP, PKHEM, PKKO
- Pendedahan penggunaan Borang OPPM ( Operational Policies and Procedures Manual ) kepada ketua panitia
- Pengupayaan AJK pelaksana TS25
- Perancangan Pelan Strategik 2022-2026.
- KPI sekolah dalam Program 0% Tahap Penguasaan 1 dan 2 dalam mata pelajaran teras
FASA 3 ( 2025 ) : Melaksana dan melestarikan perubahan
- Pelaksanaan program caoching dan mentoring
- Penghargaan dan pengiktirafan kepada guru yang menunjukkan komitmen tinggi
- Pelaksanaan program PLC berkala dalam sekolah





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.