SEMBILAN ( 9 )BIDANG KEUTAMAAN DALAM PPPM
Dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.
- Memartabatkan profesion perguruan
- Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
- Meningkatkan kualiti sekolah
- Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
- Meningkatkan penguasaan pelbagai Bahasa
- Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
- Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
- Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
- Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan
SEBELAS (11) ANJAKAN DALAM PPPM
- Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa
- Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris
- Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
- Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan
- Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah
- Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan
- Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia
- Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
- Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta
- Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja
- Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.